Sunday 23 December 2012

Cinta Pertama Sukar Dilupakan

Assalamualaikum...

Hari ni anis menaip entry dalam mood yang sedih sikit. 
Pasal cinta. hahaa,, geli plakk.



Cinta pertama. Semua orang penah dan akan mengalami cinta pertama. Sememangnya tidak dapat dinafikan yang cinta pertama memang susah untuk dilupakan. Dan anis sendiri masih tak dapat lupakan yang pertama walaupun anis dah ada penganti dia.

Sebab cinta pertama merupakan pengalaman pertama yang mengajar anis mengenai kasih sayang terhadap lelaki bukan muhrim. Dan mengajar anis untuk bersosial. Bukan sosial jahat tu ea. Sosial baik taw. Segala-galanya anis buat dengan dia adalah first time. Dia lelaki pertama yang anis keluar berdua. Dia lelaki pertama yg buat anis ungkap kata sayang. Dan dia juga lah penyebab anis pergi merata tempat dengan dia for the first time.

Walaupun berusaha nak melupakan dia, tetapi serius memerlukan masa yang sangat panjang untuk melupakan dia 100% walaupun agak mustahil bagi anis. Anis mengaku yang anis sentiasa ingat dia setiap masa sampai la sekarang. Masa anis keluar jalan kat area Taiping, anis akan teringat dekat dia. Tempat2 kami selalu dating dulu. Sebab tu sekarang ni anis dah jarang keluar Taiping. Tak nak ingat kenangan lampau.

Tapi apakan daya, jodoh kami tak panjang. Jodoh dia dengan perempuan lain. Dan anis pun Alhamdulillah dah ade penganti dia. Dia dah pun bahagia dengan perempuan itu. Anis yakin Tuhan tu Maha Adil. Mungkin jodoh anis akan lebih baik dari si dia walaupun dia dah cukup terbaik bagi anis. 

Anis sangat bertuah kerana dapat penganti yang memahami anis. Thanks capital F. Sebab bagi masa untuk anis lupakan dia. Dan sanggup dengar cerita bila anis teringat dekat dia walaupun hati F  pedih. In Shaa Allah anis akan dapat lupakan dia. :)