Monday 27 May 2013

Ya Allah Aku Rindu Dia

Assalamualaikum...


Tadi aku blogwalking dan tiba2 aku terjumpa blog dia dan blog perempuan yang dia minat tu. Walaupun dorang last post tahun 2011. Tapi aku baca semua dan serius aku sedih. sedih sangat. aku rindukan dia. Teramat rindukan dia.

Ya Allah, kenapa dengan perasaanku ini.. Mulut aku dah mengatakan yang aku merelakan dia pergi kepada org yang dia mahu. Tapi kenapa hati aku masih belum relakan? Kenapa aku perlu rindukan dia lagi? 

Tugas aku sekarang ialah kena support dia dapatkan perempuan tu. Walaupun pedih, walaupun jeles, walaupun sakit, tapi ni je cara untuk aku dapat contact dia lagi. Aku sayang dia Ya Allah. Aku rindu dia Ya Allah. Aku hanya mampu luahkan dekat sini. Aku tanak org yang kenal kami tau apa yang dah jadi dengan kami. 

Walaupun sekejap, tapi banyak kenangan kami yang tak dapat aku lupakan. Terima kasih Ya Allah, kau beri peluang kepada aku bertemu dengan dia. Kau beri kesempatan aku merasai keseronokan dengan dia walaupun sekejap. 

Aku Rindukan Dia.......

Aku cuba buang rinduku yang bersarang di hati, Aku membiarkan kenangan kami bermain-main di dalam fikiranku. Sesungguhnya aku tidak mampu menahan sakit dek rindu yang menebal ini. Ya Allah, kalau dia jodoh ku, yang terbaik untukku dunia akhirat, Kau tunjukkan la jalan yang terbaik buat kami Ya Allah. Satukan kami, dekatkan hati kami ke jalan yang Kau redhai. 

Kalau dia bukan jodoh yang terbaik untukku, bukan yang terbaik untuk agama Mu, Kau jauhkanlah hati kami Ya Allah. Sesungguhnya Aku redha dengan segala dugaan Mu ini Ya Allah. 

Ya Allah yang Maha Mengasihani, kau kuatkan lah hatiku untuk jalani dugaan dan cabaran yang Kau telah tentukan dengan tabah. Aku tahu, Kau memberi dugaaan dan cabaran yang aku mampu tanggung...

Aku cuma mahu dia tahu yang aku sanggup tunggu dia. Dan jikalau dia mahu datang kembali kepadaku, aku rela terima dia semula seikhlas hati. 



aku sanggup menunggumu selagi aku mampu...



Tuesday 14 May 2013

SUP AYAM CINCAI

Assalamualaikum...


Lunch pukul 4 petang disebabkan gas habis. terus potong semangat nak masak sup ayam. Dengan bahan tak ada. Guna apa ada je. Daun sup takde, daun bawang takde, bawang goreng tade. Malas nak pergi Beli. 
Tapi tapi tapi, tadi abah makan, licin hirup kuah. Sedap katanya.. Suruh buat esok pulak. haha
 Bangga oooo!!
Bahan-bahan :
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
halia ( dalam 2cm kot)
3 biji ubi kentang
1 sup bunjut
1 kiub ayam

Cara-Cara :
1. Tumis bawang merah, bawang putih dengan halia.
2. Masukkan air. Tengok la nak banyak mana.
3. Dah lama sikit, masukkan sub bunjut dengan kiub ayam.
4. Jangan lupa buh garam ye.
5. Last sekali, masukkan kentang dengan ayam.
6. Agak-agak ayam dah masak, kentang pun dah lembut. 
7. Siappppppp!!!!!