Thursday, 28 June 2012

Berikan Kekuatan Kepada Sahabatku

Assalamualaikum...



Hari Isnin bersamaan 25 Jun 2012, 
Lepas habis 1 kelas, anis pergi lepak library sementara tunggu kelas satu lagi. Maklum la, library kan ada aircond. sejuk sikit.. hehehe
Dan,,, anis terjumpa kawan anis yg dulu sekolah sama dengan anis dari darjah dua lagi. 
Banyak la benda yang kami borak. 

Tapi yang tak bestnye, anis dapat tahu yang dia sekarang ni menderita sakit SLE ( Sistematik Lupus Eritematosus). Ni ialah penyakit yang tiada penawar dan pesakit kena bergantung kepada steroid untuk meneruskan kehidupan. korang tau kan banyak effect nye bila kita makan byk steroid. Next entry anis cerita lagi ea pasal penyakit ni.

Apa yang korang rasa bila jumpa kawan baik yang dah bertahun-tahun kita tak jumpa, tiba-tiba bawak cerita sedih macam ni? Serius time dia cerita tu anis rasa nak peluk dia. Tapi anis tahan. anis tak nangis depan dia sebab anis tak nak dia sedih. Hidup dia lagi sedih dan terseksa. Time dia cerita tu pun, anis nampak riak wajah dia. Dia cuba tahan air mata dia. Dia buat-buat gelak, kononya dia tengah happy. Tai Anis nampak semua tu. Anis tahu apa yang dia rasa. Dia cerita pasal reaksi parents and siblings dia bila terima berita ni. Sangat sedih.. Anis bayangkan macam mana anis dekat tempat dia, macam mana family anis nak terima kalau jadi macam tu. Macam mana anis kena pandang hari-hari muka yang anis sayang sedangkan anis dah dapat jangka pengakhirannya.....

Every Sem dia masuk ward sebab penyakit tu serang dia. Penyakit tu akan serang kalau dia tension, penat atau kena panas. Dia mengadu macam mana dia tak tension, dengan study, dapat tahu sakit lagi. Semua orang akan tension macam tu. Dia jugak mengadu yang dia tak selesa orang layan dia macam seorang pesakit. Dia tak nak macam tu. Dia nak orang layan dia macam normal.  Dekat facebook pun, dia kata dia dah buang semua gambar dia. 

Anis berdoa suatu keajaiban akan berlaku semoga penyakit yang tiada penawar itu akan hilang dan pergi jauh dari diri dia. InsyaAllah dengan kuasa Allah S.W.T, dia akan sembuh. Amin!! Ajal maut di tangan tuhan.

Friday, 22 June 2012

Jadi Sewel Start Sem Baru

Sejak masuk sem baru ni, langsung tak boleh nak online. 
Sem ni anis duduk rumah sewa. Wifi tak de, broadband lagi la tak de. Perhhh,, boleh jadi gila duduk dalam rumah tu. Balik kelas je, tidur. tu jela yang boleh buat. 
Nak buat assignment kena pegi library. 
Hari tu housemate pasang P1 wimax tu, 3 hari je pasang, 
pastu pulangkan balik sebab tak dapat line langsung. 
Adoi, seksa betul sem ni..



Tu baru kes tak boleh online. Tak masuk lagi kes kelas, subject semua.
Sem ni, tetibe wujud subject baru. subject Critical Thinking.


Serius tak suka bila masuk kelas tu sebab anis bukan jenis yang creatif thinking.
Nak buat semua benda kena ada kreatif2.
Macam nak pecah otak ni pikir. Dengan tak de line nak google.
Memang 100% buat assignment guna otak sendiri tanpa bantuan google.
Sangat menyedihkan. :(


Wednesday, 6 June 2012

Rimas Salesgirl Asyik Follow Je

Assalamualaikum ^_^

Korang pernah tak bila masuk mana-mana kedai, mesti ada salesgirl follow korang rapat-rapat?
Rimas kan? 

Sekadar Hiasan

 To salesgirl / boy, tolong la jangan ikut sangat bontot customer tu. 
Kalau nak ikut pun, ikut la dari jauh. Ni tidak, ikut punya la rapat sampai boleh berlanggar bila customer pusing sikit. Buat macam they going tu steal something. 
Kalau customer tu nak curi pun, kan ada CCTV. Apa guna pasang CCTV.. Buang duit je kalau macam tu. Kalau tak de CCTV pun, sesetengah kedai ada palang yang depan pintu tu yang akan berbunyi bila bawak keluar barang tak bayar. So, tak payah la kelam kabut sangat nak follow bagai.
Bila customer tu panggil, baru la pergi kat dia.
Nak pilih barang pun susah. Terutamanya bila nak beli barang perempuan, pastu salesboy follow pulak. Memang anis akan gelar dia laki gila seks la..hehehe

Please la.. Jangan follow terlalu rapat oke. Annoying tau!! 
Follow jauh sikit but still peehatikan customer tu kot2 dia nak mintak tolong or tanya something.

Anis pun pernah jadi salesgirl. Ade juga ikut customer sebab dah memang rules kat kedai tu.
Tapi tak de la anis ikut dari dekat sebab anis taw customer tu pun nak kan privacy untuk pilih barang.
Bila customer panggil, baru la pergi kat dorang. 
Tanya apa yang dorang nak kita tolong. Tu baru la betul. 
Tak de la buat customer tu menyampah nak beli kat kedai kita lagi.
Dari customer nak beli, terus blah tak jadi beli.
Kan kita jugak yang rugi..

Kalau korang nak follow sangat, mai follow blog anis ni ha. 
sumpah anis tak menyampah..hahaha

Monday, 4 June 2012

SEGMEN ~ SAYA MAHU FOLLOWER TEGAR!

Assalamualaikum ^_^

Kalau nak join, klik gambar tu yee..
Syarat-syarat dia senang je.
Nak tau syarat-syarat dia, klik gambar tu.

Tarikh tutup : 22 Jun 2012