Thursday 28 June 2012

Berikan Kekuatan Kepada Sahabatku

Assalamualaikum...



Hari Isnin bersamaan 25 Jun 2012, 
Lepas habis 1 kelas, anis pergi lepak library sementara tunggu kelas satu lagi. Maklum la, library kan ada aircond. sejuk sikit.. hehehe
Dan,,, anis terjumpa kawan anis yg dulu sekolah sama dengan anis dari darjah dua lagi. 
Banyak la benda yang kami borak. 

Tapi yang tak bestnye, anis dapat tahu yang dia sekarang ni menderita sakit SLE ( Sistematik Lupus Eritematosus). Ni ialah penyakit yang tiada penawar dan pesakit kena bergantung kepada steroid untuk meneruskan kehidupan. korang tau kan banyak effect nye bila kita makan byk steroid. Next entry anis cerita lagi ea pasal penyakit ni.

Apa yang korang rasa bila jumpa kawan baik yang dah bertahun-tahun kita tak jumpa, tiba-tiba bawak cerita sedih macam ni? Serius time dia cerita tu anis rasa nak peluk dia. Tapi anis tahan. anis tak nangis depan dia sebab anis tak nak dia sedih. Hidup dia lagi sedih dan terseksa. Time dia cerita tu pun, anis nampak riak wajah dia. Dia cuba tahan air mata dia. Dia buat-buat gelak, kononya dia tengah happy. Tai Anis nampak semua tu. Anis tahu apa yang dia rasa. Dia cerita pasal reaksi parents and siblings dia bila terima berita ni. Sangat sedih.. Anis bayangkan macam mana anis dekat tempat dia, macam mana family anis nak terima kalau jadi macam tu. Macam mana anis kena pandang hari-hari muka yang anis sayang sedangkan anis dah dapat jangka pengakhirannya.....

Every Sem dia masuk ward sebab penyakit tu serang dia. Penyakit tu akan serang kalau dia tension, penat atau kena panas. Dia mengadu macam mana dia tak tension, dengan study, dapat tahu sakit lagi. Semua orang akan tension macam tu. Dia jugak mengadu yang dia tak selesa orang layan dia macam seorang pesakit. Dia tak nak macam tu. Dia nak orang layan dia macam normal.  Dekat facebook pun, dia kata dia dah buang semua gambar dia. 

Anis berdoa suatu keajaiban akan berlaku semoga penyakit yang tiada penawar itu akan hilang dan pergi jauh dari diri dia. InsyaAllah dengan kuasa Allah S.W.T, dia akan sembuh. Amin!! Ajal maut di tangan tuhan.

1 comment:

  1. Semoga kawan anda tabah menghadapi dugaan..
    sedih lak bila baca entri ini..penyakit yang tak der ubatnya ..

    ReplyDelete