Friday 21 September 2012

Shila Amzah Juara Asian Wave 2012

Assalamualaikum...



Tahniah Shila Amzah yang telah muncul sebagai Juara Asian Wave 2012  di Shanghai yang telah menewaskan 5 peserta yang lain di peringkat akhir malam tadi. Shila menang 5-2 dengan tuan rumah. Sangat hebat beb. 

Perhhh, memang meremang bulu roma tengok persembahan Shila Amzah. Sehari suntuk ni dok ulang tengok video shila ni la tak jemu-jemu. hehe. Memang dah nampak dari awal lagi yang Shila akan menjadi juara dengan vokalnya yang memukau para juri dan penonton. 

Masa pusingan pertama, Shila berentap dengan peserta muda dari Singapura dengan menyanyikan lagu "Set Fire To The Rain" dan juri telah memilih beliau untuk ke peringkat seterusnya. 


Pusingan kedua pulak, Shila bersaing dengan peserta Jepun dan sekali shila menjadi pilihan juri. Shila menyanyikan chinese song "Forever Love" yang juga lagu favourite dia.



Dan sebentar tadi masa final, Shila membawakan tiga buah lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars), dan sebuah lagu Mandarin. 
Tahniah sekali lagi kak Shila yang dah mengharumkan dan menjulang nama negara di luar. 


Lagu Gemilang



Lagu Grenade

Lagu Mandarin

1 comment: