Tuesday, 20 November 2012

Boikot McDonald Menjadi

Assalamualaikum..


Bila Palestin diserang, semua orang pakat nak boikot barangan Israel especially Mcdonald. Dan kebanyakan nye tak sokong nak boikot Mcd ni and bagi macam2 alasan. Sesetengah jugak sanggup berhujah panjang tanpa ilmu semata-mata tanak boikot Mcd walaupun boikot ni hanya untuk sementara je. Ada jugak yang tak percaya rakyat Malaysia akan boikot Mcd.

Nak taw sama ade orang kita boikot atau tak, kita tengok gambar ni..


Nampak tak gambar kt atas tu. Gambar ni sumber dari facebook Kelab Anak Jati Perak Darul Ridzuan. Gambar ni diambil pada 20 Nov 2012. Hari ni la kan. 

Haa, lepas ni jangan pandang rendah dengan orang kita. Orang kita pun sanggup boikot yg dorang suka demi nilai kemanusiaan. Kalau nak taw, ni Mcd dekat Taiping. Lengang je. Biasanya Mcd ni tak penah lekang dengan orang. Penuh je memanjang kadang2 sampai tension nak lalu depan Mcd ni. Tapi hari ni, takde orang.

Tahniah umat Islam kerana berjaya memboikot Mcd. Tahniah orang TAIPING!!! 
hee, bangga kejap jadi orang taiping.

Allahuakbar!! Terima kasih semua atas usaha yang kecil ini tapi membawa kesan yang sangat hebat. Mudah-mudahan Mcd Malaysia dapat mesej dari umat Islam kita.

Teruskan berdoa moga palestin diberi kekuatan tambahan ke atas usaha kecil kita ini. Aminn. 

Mat Saleh pun boikot barangan Israel. Ni kita melayu Islam punya back up Mcdonald macam bapak dia punya business.

Sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa sebab yang munasabah. Macam tu lah jugak boikot ni tak akan berlaku sesuka hati tanpa sebab. jadi, stop mempertahankan ape yang salah. Fahami dualu siapa zionis Israel dan kaitannya dengan rakyat Palestin. 

Allah anugerahkan akal untuk cari ilmu dan berfikir, bukan berhujah membabi buta tanpa ilmu.. renungkan :)


Thursday, 8 November 2012

Contest I Choose To Wear Hijab

Assalamualaikum...

Hari ni teringin pulak nak join contest. Maklum la dah lama tak join contest2 ni. 
Mane la taw join contest kali ni murah rezeki. Hadiah dia pun best2.

Kalau korang pun nak join, klik la banner tu oke.
Tarikh tutup : 7 Disember 2012



Bismillahirrahmanirrahim..
Anis pertaruhkan gambar ni...


ni guna tudung bawal

dan ni guna selendang







Sambal Sosej

Assalamualaikum...

Salam semua.... Hari ni nak tayang menu simple dan budget untuk lunch. Request by my adik. Sambal Sosej.

Menu ni cukup elok la untuk orang yang bujang2 tu yang nak save duit dan malas nak masak susah2 dan lama. Memang cocok sangat la tu. Menu ni pun kejap je nak masak. Tup-tup, dah siap.. hehe


Bahan-bahan :

Sosej ( 1 paket )
Bawang besar (dikisar)
Bawang putih (dikisar)
Cili kering yang telah di rebus (dikisar)
Kicap manis
Sedikit air 
Garam 

Cara-cara :
  1. Sosej dipotong kecil. Kemudian goreng sosej tersebut.
  2. Tumis bahan yg dikisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit kicap manis dan sedikit air. ( tanak bagi kering sangat)
  4. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Kemudian, masukkan sosej dan kacau. Boleh juga kalau nak masukkan kentang.
  6. Dah siap. dan boleh dihidangkan.