Monday 27 May 2013

Ya Allah Aku Rindu Dia

Assalamualaikum...


Tadi aku blogwalking dan tiba2 aku terjumpa blog dia dan blog perempuan yang dia minat tu. Walaupun dorang last post tahun 2011. Tapi aku baca semua dan serius aku sedih. sedih sangat. aku rindukan dia. Teramat rindukan dia.

Ya Allah, kenapa dengan perasaanku ini.. Mulut aku dah mengatakan yang aku merelakan dia pergi kepada org yang dia mahu. Tapi kenapa hati aku masih belum relakan? Kenapa aku perlu rindukan dia lagi? 

Tugas aku sekarang ialah kena support dia dapatkan perempuan tu. Walaupun pedih, walaupun jeles, walaupun sakit, tapi ni je cara untuk aku dapat contact dia lagi. Aku sayang dia Ya Allah. Aku rindu dia Ya Allah. Aku hanya mampu luahkan dekat sini. Aku tanak org yang kenal kami tau apa yang dah jadi dengan kami. 

Walaupun sekejap, tapi banyak kenangan kami yang tak dapat aku lupakan. Terima kasih Ya Allah, kau beri peluang kepada aku bertemu dengan dia. Kau beri kesempatan aku merasai keseronokan dengan dia walaupun sekejap. 

Aku Rindukan Dia.......

Aku cuba buang rinduku yang bersarang di hati, Aku membiarkan kenangan kami bermain-main di dalam fikiranku. Sesungguhnya aku tidak mampu menahan sakit dek rindu yang menebal ini. Ya Allah, kalau dia jodoh ku, yang terbaik untukku dunia akhirat, Kau tunjukkan la jalan yang terbaik buat kami Ya Allah. Satukan kami, dekatkan hati kami ke jalan yang Kau redhai. 

Kalau dia bukan jodoh yang terbaik untukku, bukan yang terbaik untuk agama Mu, Kau jauhkanlah hati kami Ya Allah. Sesungguhnya Aku redha dengan segala dugaan Mu ini Ya Allah. 

Ya Allah yang Maha Mengasihani, kau kuatkan lah hatiku untuk jalani dugaan dan cabaran yang Kau telah tentukan dengan tabah. Aku tahu, Kau memberi dugaaan dan cabaran yang aku mampu tanggung...

Aku cuma mahu dia tahu yang aku sanggup tunggu dia. Dan jikalau dia mahu datang kembali kepadaku, aku rela terima dia semula seikhlas hati. 



aku sanggup menunggumu selagi aku mampu...



5 comments:

  1. hampir sama dgn situasi Farah..be strong..bnyk kn berdoa kpd-Nya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. farah pun sama? cana farah kuat? share please..

      Delete
  2. tumpang iklan:
    nak beli aura white tak? RM130 je, dengan 3 free gift.hii

    contact diba 012 700 9100

    be strong okay dear :)

    ReplyDelete
  3. saya follow 87.. jemput join contest http://wannurrr.blogspot.com/2013/11/contest-im-diva.html :)

    ReplyDelete
  4. Mesti sakit hati kan sebab kita masih support dia ngan orang lain? hem..

    ReplyDelete