Friday 20 July 2012

Ramadhan Dan Solat Tarawih

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan Ramadhan dah. Rasa macam baru minggu lepas kita raya. Dah nak puasa balik. Alhamdulillah masih sempat berpuasa lagi tahun ni. Ramai yang tak sabar menanti bulan yang mulia dan suci ni. 

Ramai yang semangat nak puasa. Seronok tak terkata. Tapi jangan lupa, mulut, mata, hati semua kena jaga oke. Bukan semata-mata tahan lapar dan dahaga sahaja. Inilah yang paling mencabar. Kurangkan mengata orang lain, pandang benda-benda yang membawa faedah dan yang paling penting ialah jaga hati dari berprasangka buruk terhadap orang lain. 

Bulan Ramadhan lah peluang untuk kita beribadah dengan khusyuk mengumpul bekalan untuk kita ke sana kelak. Antara ibadah yang menjadi amalan ialah Solat Tarawih. Sedikit info tentang Fadhilat Sembahyang Tarawih dan Panduan bagi menunaikan Solat Sunat Tarawih.

1. Hukum Sembahyang Tarawih :
  • Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan sama ada secara berseorangan atau jemaah.
  • Sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.

2. Waktu Sembahyang Tarawih :
  • Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isya'.
3. Rakaat Sembahyang Tarawih :
  • Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat atau 8 rakaat sahaja.
  • Sembahyang Tarawih hendaklah ditunaikan 2 rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehinggagenap rakaat yang dikehendaki.


Antara Fadhilat Dan Kelebihan Solat Tarawih ialah :


1. Kelebihan Solat Terawih Malam Pertama
  • Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-2
  • Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-3
  • Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-4
  • Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-5
  • Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-6
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-7
  • Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-8
  • Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-9
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-10
  • Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-11
  • Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-12
  • Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-13
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-14
  • Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-15
  • Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-16
  • Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-17
  • Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-18
  • Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-19
  • Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-20
  • Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-21
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-22
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-23
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-24
  • Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-25
  • Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-26
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-27
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-28
  • Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-29
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-30
  • Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

No comments:

Post a Comment