Monday, 23 July 2012

Sunnah Ketika Minum


Assalamualaikum...


  • Air dan segala minuman yang halal hendaklah diminum dengan tangan kanan kerana syaitan menggunakan tangan kiri bagi makan dan minum. (Khasail Nabawi)
  • Hendaklah minum dengan sedutan yang berlainan. (Tirmizi)
  • Baca Bismillah dan Alhamdulillah pada setiap sedutan. (Bukhari)
  • Jangan tiup ke dalam air panas untuk menyejukkannya. (Abu Daud)
  • Duduk dan minum, Nabi SAW telah melarang minum dengan berdiri. (Zaadul Maad)
  • Hendaklah berdiri semasa minum air zam-zam. (Tirmizi)
  • Rendamkan kurma atau anggur di dalam air pada malam hari dan minum larutan ini pada waktu pagi. Walaubagaimanapun, jika terlalu panas, ia menjadi tuak, adalah haram untuk minumnya.
  • Orang yang memberi makan atau melayan orang hendaklah yang paling akhir makan dan minum. (Tirmizi)
  • Janganlah minum daripada bekas yang besar seperti jag air, botol dan lain-lain. Tetapi satu gelas atau mangkuk kecil. (Abu Daud)
  • Jangan minum daripada bekas cawan yang sumpik atau pecah. (Abu Daud)
  • Nabi SAW telah melarang penggunaan bekas masak, makan dan minum diperbuat daripada emas dan perak. (Bukhari & Muslim)

1 comment: