Saturday, 12 May 2012

Cara Pujuk Wanita Ketika Bertengkar


Lumrah hidup bercinta mesti akan bergaduh, selisih pendapat. Selalunya yang kuat merajuk ialah si gadis. Dan yang dilihat sebagai pesalah ialah lelaki walaupun sebenarnya dia tidak bersalah langsung. Betul kan? Kesian kaum lelaki.hehee.. Tapi kalau dah sayang, lelaki mesti akan mengalah. Jom baca cara nak pujuk orang perempuan yang degil ni..

JANGAN TINGGIKAN SUARA


Orang perempuan memang pantang bila lelaki naikkan suara. Sesetengah pulak akan jadi takut dengan lelaki yang suka tinggikan suara. Bila memujuk ni, si teruna kena guna cara yang lembut. Kalau naikkan suara, si gadis pulak tengah marah, lagi bertambah baran la si gadis tu. Masalah tak akan settle malah menjadi makin buruk.

MINTA MAAF 


Memang susah bagi lelaki mengungkapkan perkataan maaf. Jatuh ego lelaki o00. Sebenarnya, tak rugi pun kalau lelaki minta maaf. Dan si gadis pula tak pernah fikir pun pasal ego lelaki bila dia minta maaf. Si gadis akan lebih sanjung lelaki yang mudah ungkap maaf walaupun bukan kesalahan lelaki itu sendiri. Jadi tak salah kan lelaki beralah untuk kebahagiaan bersama.


JADI PENDENGAR YANG BAIK 


Jadilah lelaki yang pertama yang mendengar masalah perempuan. Bila perempuan merajuk, macam-macam yang dia fikirkan. Selalunya negatif. So, bila nak pujuk, dengar dengan baik apa yang perempuan nak luahkan. Biar hilang segala prasangka buruk perempuan tu terhadap anda.

SENTIASA TELEFON


Salah satu cara lain ialah, call perempuan itu. Kalau dia tak angkat, cuba sampai dia angkat. Orang perempuan, bila dengar suara lelaki yang cuba memujuk, hati dia akan cepat cair. Lelaki pun guna la ayat yang sedih-sedih sikit, mengaku bersalah sikit dan bila dia dah macam ok sikit, buat lawak sikit, konpem si gadis lembut hati memaafkan anda.

BERSEMUKA


Bagi Anis, inilah cara terbaik. Bersemuka dengan gadis itu, minta maaf depan-depan. Bincang dengan elok. Beritahu gadis tersebut apa yang buat anda marah sehingga dia merajuk. Cerita segala-segalanya dengan jujur. Jujur tu penting okey! Jangan putar belit cerita. Nanti merana. Perempuan bila tangah merajuk, akan dengar penerangan anda betul-betul dan akan cepat tangkap jika anda tersalah cakap sikit.

6 comments:

  1. Replies
    1. kan.. bukan susah pun nak pujuk pompuan kn ;)

      Delete
  2. tapi mak dia baru jer meninggal, x kan aku nk kol macam tu, nnt dia ingat aku x hormat dia plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa, kau pun. tgk time jugak la. aish

      Delete