Friday 13 July 2012

Resepi Daging Burger Ala-ala Zinger Burger

Assalamualaikum.. 

Kawan kelas anis suruh anis buat burger ala-ala zinger burger KFC tu.
Sebab dia nak niaga burger tu hari isnin sampai rabu ni dekat 
UiTM Merbok sempena karnival usahawan kot rasanya..
Anis pun try la. and tak sangka pulak menjadi daging dia tu. :)



Bahan-bahan untuk ayam :
  • 6 ketul boneless chicken atau ayam tanpa tulang. (anis ambil bahagian dada je)
Bahan perap :
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • Garam secukupnya
  • Satu hiris kecil limau nipis
  • 1 sudu teh serbuk kari
  • secubit baking powder
Bahan tepung :
  • 2 cawan tepung beras
  • garam
  • 2 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk kari 
  • 1 setengah sudu teh serbuk pati ayam knorr
  • secubit baking powder
1 biji telur 

Cara-cara :
  • bersihkan ayam dan perap ayam selama 1 jam dalam bahan perapan tu.
  • celupkan ayam dalam telur
  • lepas tu, gaulkan ayam dalam tepung dan goreng ayam tersebut dgn minyak yg banyak (bagi ayam tu tenggelam dalam minyak tau)
DAH SIAP!! CUBA LA :)


2 comments: