Monday, 30 April 2012

Kosmetik Dan Kesan Negatifnya

Setiap wanita mengimpikan kulit gebu, putih dan halus. Jadi, dorang akan menggunakan pelbagai jenis produk untuk mencapai segala impian dorang tu tanpa mempedulikan kesan-kesan sampingan nya.
kesan dari penggunaan kosmetik yang salah

Apa yang korang rasa lepas tengok gambar ni? Takutkan kalau benda macam ni jadi dekat muka kita?
Kaum wanita selalunya ingin cepat cantik. Pakai hari ni, esok dah nak putih gebu. Pastu, mula la pakai produk yang dijual dekat merata-rata tempat tanpa melihat sama ada produk itu mendapat kelulusan dari KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) atau tak.

Produk kosmetik ni mengandungi bahan kimia. Dan yang paling bahaya merkuri. Merkuri selalunya digunakan dalam kosmetik untuk mencerahkan kulit muka. Kesan jangka masa lama, kulit kita akan terbakar dan mengelupas. Tanda-tanda lain ialah kita akan rasa menggigil, letih, pening, peluh melampau, dan degupan jantung yang laju. Jadi, tengoklah jika korang ada tanda-tanda ini.

Pada mulanya, selepas kira-kira seminggu kita memakai kosmetik yang mengandungi merkuri, kita akan dapat lihat yang wajah kita menjadi cerah dan gebu, tetapi selepas itu, kulit kita akan mula tumbuh jerawat yang banyak. Bila kita bertanyakan hal ini kepada pengedar, mereka akan mengatakan yang masalah ini hanyalah proses permulaan untuk cantik. Kita pun percaya dan terus menggunakan produk ini sehingga kulit kita kemerahan dan mengelupas seperti terbakar. Apa yang kita buat bila dah jadi macam ni? Inilah pengakhiran kita menggunakan produk ini. 

Apa yang terjadi kepada kulit muka kita? Semakin buruk dari sedia ada. Kita mula menyembunyikan diri dari dilihat orang. Kemudian kita mengeluarkan wang yang banyak untuk memulihkan semula kulit muka kita. Bukankah ini lebih membazir? Membeli produk yang kita tidak tahu kandungannya, kemudian kulit rosak, dan pergi buat rawatan yang mahal untuk memulihkan kulit. Sangat membazir!!

Sebab tu Anis dah tak pakai pencuci muka yang ada di pasaran sekarang. Anis takut jadi macam ni. 
Anis ni bukan la jenis yang rajin nak tempek macam-macam kt muka ni. Anis hanya guna pencuci sahaja. Anis sekarang ni pakai sabun susu beras sahaja untuk mencuci muka. Dan Alhamdulillah, kulit Anis sesuai dengan sabun susu beras ni.
sabun susu beras dan krimnya.

Sepatutnya kena pakai sabun ni dengan krim dia sekali. Tapi disebabkan Anis ni jenis yang malas nak pakai krim segala, Anis pakai sabun saja. Sabun ni datang dari Thailand dan diperbuat dari alam semula jadi. Wangi bau dia. Harga hanya RM5 je. ^_^







Friday, 27 April 2012

Valeria Lukyanova Wajah Seakan Barbie


Korang kenal tak Valeria Lukyanova ni?
Valeria Lukyanova berumur 21 tahun.
Dia ni warga Ukraine yang sangat femes sebab muka dia sebijik macam barbie.

Comel kan? Geram betul tengok.hehee..
Tapi ada yang cakap dia ni tak wujud. Ermm, entah la.
Rasanya dia ni wujud sebab sekarang ni macam-macam boleh buat untuk dapat
wajah yang macam tu. 

Make up sana, Make up sini, dah dapat muka macam barbie doll..
Tapi tak boleh dinafikan yang body dia memang cantik macam patung.
Lagi gambar dia di bawah:





Ni gambar dia dengan maknya.. Dua-dua macam barbie doll kan

Gambar ni masa dia tak make up sangat untuk nak jadi macam barbie.
she looks better right?




Thursday, 26 April 2012

Kalau Dah Namanya Perempuan....


Haaa,, cantik kan heliza. Sebenarnya Anis bukan nak cerita pasal heliza tapi anis nak cerita pasal kaum hawa. Senang cakap, ciri-ciri yang memang ada dekat perempuan la. Kalau tak ada ciri-ciri ni,, susah sikit la nak kata orang tu perempuan..hahahaa...

PEREMPUAN = BERLETER


Berleter ni sama dengan membebel. Kaum perempuan memang kuat betul membebel. Memang tak boleh dinafikan lagi. Jangan cakap orang lain, Anis sendiri kalau boleh, 24/7 potpetpotpet. Kadang-kadang tu penat la jugak tapi nak jugak bebel. Rasa puas bila orang lain sakit telinga dengar..hahaha

Tapi perempuan ni selalu membebel benda yang betul. Cara kaum ibu bagi nasihat kat anak-anak dan suami macam tu la. Walaupun dorang tak suka. Betul tak? Cepat cakap betul!

PEREMPUAN = KECANTIKAN


Perempuan dengan kecantikan memang tak boleh dipisahkan. Kebanyakan perempuan memang suka bermake up. Jarang la nak jumpa yang tak suka make up. Mesti ada sikit bedak dorang tarok dekat muka tu ha nak bagi nampak berseri sikit kan.. 

Ada juga yang suka make up tebal-tebal. Kadang-kadang tu nampak macam hantu pun ada.. Seram nok!! Kalau nak diikutkan, lelaki tak suka dengan perempuan yang make up tebal-tebal ni. Dorang lebih suka yang natural beauty. Ye dak?

PEREMPUAN = CERMIN


Mirror mirror on the wall, who is the most beautiful person in this world..hehee..

Ni satu lagi ciri yang wajib ada dekat kaum perempuan. Orang perempuan ni kalau boleh setiap 5minit nak tengok cermin belek muka dorang tu.. Sama la macam anis. Compact powder mesti bawak nak pergi mana2 pun sebab ada cermin. hee

Bukan takat cermin, tak kira la besi ke, lopak air ke atau apa-apa pun objek yang dorang boleh nampak muka dorang tu, mesti dorang takkan lepaskan peluang untuk tengok. 

PEREMPUAN = SHOPPING


Perempuan mana yang tak suka shopping ha.. Habaq mai sat. Semua perempuan suka shopping walaupun hanya window shopping. Ada je benda yang dia nak beli walaupun benda tu dia dah ada banyak.

Perempun ni macam kanak-kanak. Kanak-kanak walaupun dia dah ada banyak mainan, dia tetap nak beli baru jugak. Macam tu la jugak perempuan, walaupun dah ada banyak baju, dia nak baju baru jugak.. Betul tak? Betul kan.. ;)

PEREMPUAN = GOSIP


Gosip sama la jugak dengan mengata. Perempuan memang tak senang duduk kalau sehari tak gosip pasal orang lain. Tak payah la nak kata orang lain,, anis pun sama gak. Kaki gosip gak. heee.
Walaupun tahu gosip ni tak baik, tapi mesti nak jugak gosip kan. Tak tahu la kenapa.. Ish3..(geleng kepala).

Ini lah ciri-ciri yang mesti ada punya la kat perempuan.. Mustahil la tak ada. Susah nak jumpa orang perempuan yang tak ada ciri-ciri ni. Kalau tak ada tu,, bukan perempuan la kot..hahaha













Monday, 23 April 2012

Ustaz Azhar Idrus Bidas Ustaz Muda Persenda Zikir Imam Syafie

Assalamualaikum ^_^

Tadi ada orang post video ni dekat facebook. Serius sakit hati tengok ceramah dua orang ustaz muda ni... Korang tengok la ye..



Anis suka dengar bidasan Ustaz Azhar Idrus (UAI). Alhamdulillah, nasib baik ada UAI yang tolong pahamkan apa yang telah terpesong oleh pendapat dua orang ustaz muda ini.

Pendapat yang diberikan oleh dua orang ustaz ini sangat bahaya dan boleh memesongkan orang Islam lain yang cetek ilmu agama seperti Anis..

Jadi, kita sebagai hamba, wajib merendah diri pada Allah Yang Esa.







Starbucks Disahkan Haram?

Assalamualaikum ^_^


Pagi-pagi buta ni, anis nak share 1 benda. 
Mungkin ramai yang dah tau, tapi anis yang baru tau ni nak share dengan korang semua.

Anis ingatkan kes ni dah settle. Tapi tadi Anis ada terbaca tentang ni dekat facebook...

STARBUCKS telah disahkan haram oleh pihak JAKIM. Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks dekat Coffee Bean dan Starbucks mengandungi E471 (Emulsifie r 471), mono di-glycefi deswhich dari animal origin (pork). 

Raspberry Frap guna cherries yang di celup dalam arak dan tiramisu ada RUM . 

Tolong sebarkan dekat kawan-kawan Islam ye. 
Hubungi JAKIM 03-88864000 untuk dapatkan maklumat lanjut sama ada betul ke statement ni..

So, tak payah la pergi Starbucks and Coffee Bean dah ye.
Bila dah start was-was ni automatik jadi haram kan ?!

Melainkan JAKIM betul2 dah sahkan balik Starbucks and Coffee Bean ni halal..












Sunday, 22 April 2012

SEGMEN HAJAR : JOM BLOGWALKING + UP FOLLOWER

Assalamualaikum ^_^


Nak join klik SINI
Tarikh tutup : 20 Mei 2012, 11.59 malam

"Segmen :Saya Bangga Menjadi Blogger"

Assalamualaikum ^_^   

Memandangkan tengah bosan malam ni,
Jom ramai-ramai join segmen ini.. :D

Tarikh tutup : 23 April 2012
Nak join, klik SINI 


   Saya blogger dari Perak




Saturday, 21 April 2012

Nikah-The Early The Better?

Assalamualaikum ^_^

Apa pendapat korang semua dengan statement ni?

Bagi Anis tak ada masalah kalau seseorang tu nak kahwin awal. Lagipun, Rasulullah sendiri telah bersabda :

“Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.” – (H.R. Tirmidzi)


Ini hanyalah pandangan Anis sahaja. Terpulanglah kepada yang lain ye kalau pandangan korang berbeza. Kalau Anis di suruh untuk memilih sama ada kahwin awal atau tidak, Anis akan pilih tidak. Anis bukan tak nak kahwin tapi Anis hanya tak nak kahwin awal. Banyak benda yang Anis fikirkan dan takutkan.

1. Kahwin semasa belajar akan mengganggu pelajarankah?

Walaupun ramai yang cakap kahwin semasa belajar akan memberi kita semangat untuk belajar, tapi bagi anis, anis mungkin tak boleh fokus study sebab anis akan sentiasa fikirkan tanggungjawab nak kena jaga makan minum pakai suami, dan macam-macam lagi tanggungjawab lain.

2. Macam mana nak jaga kandungan semasa belajar?

Ye, kita ada tengok orang lain dengan selamatnya jaga kandungan mereka semasa belajar. Dan ramai yang busy bekerja mengandung. Sejak orang kenalan anis gugur kandungan kerana terlalu busy study, pergi kelas,, Anis jadi takut.

Selalunya student akan berjalan kaki dari kolej ke kelas yang sangat jauh tiap-tiap hari (yang menetap di kolej). Ini akan menjejaskan kesihatan kandungan kita. Especially musim exam, dah tentu kita tak ada masa langsung nak fikirkan tentang kandungan kita.

3. Bagaimana nak menyara keluarga jika masih belajar? (bagi lelaki)

Anis tahu ramai pelajar memohon PTPTN. Takkan kita nak menyara keluarga dengan PTPTN sahaja? Kita punya kewangan masih belum kukuh. Jadi, sukar untuk si suami menyara keluarganya. And banyak Anis banyak article yang menyatakan kebanyakkan penceraian disebabkan faktor kewangan. Jadi, Anis cuba untuk mengelak dari berlaku perkara sebegini.

4. Adakah aku sudah cukup bersedia untuk menjadi Isteri/Suami?

Tanyalah pada diri kita. Adakah sudah cukup solat 5 waktu aku? Mampukah aku untuk membimbing keluargaku? Sudah bersediakah aku untuk memikul semua tanggungjawab?
Banyak lagi soalan lain yang perlu kita tanya diri kita sebelum membuat keputusan.
“Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya..”
Conslusion nya, terpulanglah kepada diri masing-masing. Kalau rasa kahwin boleh elakkan fitnah, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri kita bersemangat untuk belajar, kahwin la.

Dan sangat digalakkan berkahwin kepada sesiapa yang sedang hangat bercinta untuk mengelakkan dari terjerumus ke lembah maksiat.

Kalau rasa dan yakin diri anda tidak mampu untuk berkahwin awal, lebih baik elakkan kahwin awal. Bukan tak kahwin langsung okey ;)
Rasulullah s.a.w bersabda: “Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku.” – (H.R. Bukhari dan Muslim)



Friday, 20 April 2012

Berlagak Kaya, Tapi Hakikatnya Tidak

Assalamualaikum ^_^

Berlagak duit ada banyak macam ni..

Tapi hakikat sebenarnye ini...

Entry kali ni khas untuk mereka yang suka sangat berlagak kaya walaupun sebenarnya mereka ini sederhana sahaja.

Tak salah untuk berlagak kaya, tapi jangan sampai menyusahkan orang lain. Lain lah kalau orang tu memang kaya, ada duit, suka hati dorang la nak buat apa pun dengan duit tu. Nak boros ke, apa ke. Yang penting, mereka tak kacau orang lain. 

Anis cukup tak suka dengan orang yang berlagak kaya tapi hakikat sebenar tidak. Kalau dah taw kita tu tak ada duit, buat la macam tak ada duit. Jangan la nak berlagak sangat. Tak ada sape pun yang suka dengan orang yang sikap macam ni.

Maksud Anis 'sampai menyusahkan orang lain' ialah, mereka ni sanggup pinjam duit orang lain semata-mata nak pakai barang mahal depan kawan-kawan. Kawan-kawan dorang pulak dah sememangnye anak-anak orang kaya. Confirm la pakai barang-barang yang mahal. Tapi kita jangan la ikut dorang. Kita pandang diri kita sendiri. Pandang poket kita. kalau kita dah tak mampu, beli la barang yang biasa je. Janji kita boleh guna.

Contoh situasi :
A   : Wei, aku nak pinjam duit sikit boleh tak?
B   : Kau nak berapa? duit aku tak banyak sangat.
A   : Aku nak pinjam RM1000 je. Next sem dapat PTPTN, aku bayar balik.
B   : Banyak nye, kau nak buat ape dgn duit tu?
A   : Ala, aku nak beli Blackberry la. Member aku semua pakai BB sekarang, aku je pakai 3310. Malu la.

Nampak tak? dorang guna untuk beli benda yang tak perlu. Kalau pinjam nak bayar duit hospital ke tak pe la jugak. Orang yang macam ni selalunya bukan pinjam dengan geng-geng anak kaya tu, dorang akan pinjam dengan kawan dorang yang biasa-biasa jugak sebabnya dorang nak jaga standard depan kawan-kawan kaya ni. 

Tolong lah, jangan la jadi macam ni. Orang akan menyampah dengan sikap kamu ini. Menyampah nye bukan sikit-sikit taw, tapi menyampah tahap gaban punya!!   

So, conclusion nye, sedar la diri tu sikit ye. Jangan nak berlagak kaya sangat. Kesian la jugak dekat kawan yang korang pinjam duit tu. Dia pun nak pakai duit jugak. Accept ourselves as we really are.




Thursday, 19 April 2012

SEGi Roadshow



Got siblings, cousins or friends who just received their SPM results?: The SEGi Roadshow is travelling all over Malaysia (including Sabah & Sarawak) in April! Meet counsellors and discuss your study options where YOU are located! Sign up on the spot to get special rebates & a chance to win iPad 2 or iPod Shuffle.

Korang ada rakan atau saudara mara yang baru dapat keputusan SPM? Suruh la mereka ke sini!
SEGI roadshow akan travel seluruh Malaysia termasuk Sabah and Sarawak oke pada bulan April ini. So, sebelum terlambat, cepat-cepat suruh mereka pergi ke sini. Korang boleh bincang dengan kaunselor tentang study korang tu.

Ni jadual SEGi Roadshow tu. pergi lah dekat tempat yang berdekatan dengan korang oke. :)





Tuesday, 17 April 2012

Rumah Kucing Yang Unik

Assalamualaikum ^_^

Anis ni bukanlah seorang pencinta kucing yang tegar sebab kucing ni manja sangat. Geli lor!! Tapi walau apa pun, anis nak tunjuk jugak reka bentuk rumah-rumah kucing yang bagi anis sangat unik.


Siap ada pokok kau. Mana nak dapat. Sesuai untuk kucing yang jarang jumpa pokok. hoho


Super Cool! Sesuai untuk kucing yang lasak. Boleh main panjat-panjat, lompat-lompat.


Wah! Dahsyat betul ni! dah macam tempat hamster dah ni..


Macam rumah tikus. Sangat menjimatkan ruang. Senang sikit nak tangkap tikus..hehe

Sedap tidur ni. Siap dengan bulu-bulu segala. Kalau tidur, memang tak ingat dunia dah.


Rumah kotak. Low cost. Boleh pakai buang, buat baru.


Siapa2 yang ada PC rosak, boleh la buat macam ni. Serius tak terfikir pun nak buat macam ni..


Boleh si manja anda main nyorok-nyorok kat sini..




Cinta ke Suka ek??

Assalamualaikum ^_^



Mostly bila ditanya sama ada cinta atau suka terhadap pasangan masing-masing, mereka akan keliru. Tak tahu mana satu jawapan yang harus diberikan. Mereka sendiri tidak pasti akan perasaan masing-masing. Ada juga yang fikir cinta dan suka adalah sesuatu perasaan yang sama. Harus diingat cinta dan suka adalah suatu perasaan yang berbeza.

Sekarang ni, anis akan senaraikan perbezaan bila anda berada di hadapan orang yang korang CINTA dan juga di hadapan orang yang korang SUKA. Jom bandingkan!

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan rasa gembira.


Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Tapi di hadapan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin saja.


Apabila kita melihat ke dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Tapi apabila kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.


Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Tapi di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.


Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Tapi di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.


Kita tidak boleh merenung ke dalam mata orang yang kita cintai.
Tapi kita selalu merenung ke dalam mata orang yang kita suka.


Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Tapi bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka,
umpama kita membuang telinga kita...
Tapi bila kita cuba menutup mata,
cinta berbuah menjadi air mata.

Korang dah tau perbezaannye kan? Jadi, fikirkanlah siapa sebenarnya yang korang cinta dan siapa yang korang sekadar suka. :)  Tapi jangan dilupakan cinta yang lebih hakiki dari Allah S.W.T










Sunday, 15 April 2012

Cinta Jarak Jauh

Assalamualaikum ^_^



Kali ni aku nak bercakap tentang long distance relationship. Aku ni tak la pandai sangat nak bercakap soal ni sebab aku sendiri susah sikit kalau pasal hubungan jarak jauh ni. Aku bercakap based on my experience je. Lama jugak la aku nak sesuaikan diri dengan keadaan ni. Susah kot bila sorang dekat lain, sorang lagi dekat lain. Nak jumpa pun payah. Setakat SMS and call jela sebagai penghubung.


1. TRUST
    Tak kira la korang couple dekat ke jauh ke, setiap hubungan tu mestilah kena trust each other. Aku taw, mesti kita sometimes akan rasa curiga dekat pasangan kita. Setiakah dia di sana? Sifat kepercayaan ni penting untuk mengelakkan diri dari sentiasa berfikiran negatif antara satu sama lain. 


Trust ni, bukan bermakna kita tak boleh tanya, curiga, atau ambil tau tentang dia, tapi berpada-pada la. Kita curiga, ambil tau jugak, tapi jangan biarkan dia anggap kita ni nak mengongkong hidup dia, tak percayakan dia. And jangan terlampau mempercayai. Ha, ni pun masalah jugak. Kita terlampau percaya dekat dia, dia pulak main kayu tiga dekat belakang. So, kita kena pandai la balance kan. Okey :)


2. SETIA
    Selalunya masalah hubungan ni berlaku disebabkan kita rasa tidak selamat (insecurity). Kita berfikir, "Ah, dia ada perempuan lain kat sana, penat je aku setia, baik aku pun cari jugak sorang dekat sini. " Ha, ni sangat bahaya. Jangan pernah timbul perasaan macam ini yee. Inilah punca utama masalah dalam setiap hubungan. Dekat mana pun kita berada, bila ada girl cantik ke, boy macho ke, kita sentiasa ingatkan diri kita yang kita sudah berpunya. Jangan layan. Kalau nak layan jugak, jangan lebih-lebih. Anggap sebagai kawan je, tidak boleh lebih.


3. PENGORBANAN
   Pengorbanan ni aku maksudkan pengorbanan perasaan dan masa. Aku tau, bila dah berjauhan ni, mula la nak berindu-rinduan especially girl. 24/7 nak contact, nak SMS. Bila laki lambat balas, dah mengamuk tak tentu pasal, tuduh yang bukan-bukan. Aku ada sikit la sikap macam ni..hehe. 


But, kita try berubah. Si dia dekat sana pun nak spend time dengan kawan2 kerja dia. Kalau korang pun, korang nak ke bila tengah spend time dengan kawan, at the same time, kita kena sentiasa SMS dengan si dia. Bagi aku, tu sangat annoying. Susah la macam tu. Bila dia nak dengan kawan-kawan, bagi dia masa sepenuh nye dengan kawan2.  Bila tiba time dia dengan kita, kita enjoy la puas-puas dengan dia pulak tapi jaga batas ye. Baru la adilkan..


4. CEMBURU
    Last sekali ialah, jangan kuat cemburu. Bila rasa cemburu dah timbul, mula la macam-macam keluar dari mulut tanpa kita sedar. Semua benda kita nak mengungkit, kita akan cepat menangis, mudah sangat terasa. Yes, kita perlu ada sifat cemburu, tapi kita perlu siasat dulu benda yang kita curiga tu sama ada betul atau tak. Jangan main tuduh je. Nanti makin besar masalah. Kita tanya dia elok2. Jangan tunjuk sangat yang kita ni cemburu, dia akan lagi suka. 


So, cara yang elok, kita terus terang apa yang kita rasa. Contohnya, kita cakap la yang selama ni kita jaga batas bila berkawan dengan orang lain sebab kita tau yang kita dah ada dia. Korang cakap la yang korang pun harap dia buat benda yang sama, jaga hubungan ni, jaga batas dengan orang lain. Bila korang terus terang, akan membuatkan dia rasa bersalah sikit. So, baru dia fikir nak jujur atau tak jujur dengan korang.















Saturday, 14 April 2012

Pilih Kawan

Assalamualaikum ^_^



Memilih kawan? Yes! sekarang ni memang ramai yang macam tu. bila nak berkawan, nak berkawan dengan orang yang cantik je. Nak berkawan dengan yang HOT je. Nak berkawan dengan yang kaya je. Habis, yang tak cantik, tak hot, tak kaya ni siapa yang nak kawan dengan diorang? Kesian la dekat diorang. Bukan diorang mintak nak jadi macam tu.Allah yang tentukan semua tu terjadi. Kita pulak dok memilih kawan.

           ' Owh, I ni dah HOT sekarang, I tak boleh kawan dengan U, nanti jatuh la standard I' .

Puiiihhhhhh!!!! Standard la sangat. Nampak sangat orang yang macam ni berkawan tak ikhlas. Diorang ni berkawan nak something yang boleh bagi benefit kat diorang. Iyela kan, bila kita berjalan dengan orang HOT, CANTIK,, ramai la lelaki yang pandang. Walaupun lelaki2 tu pandang kawan HOT kita tu,, confirm la kita pun dapat tempiasnye kan. Sungguh dahsyat pemikiran orang yang macam ni.

Tak dinafikan, kita memang kena memilih dalam pergaulan. Tapi memilih sahabat yang membawa kebaikan, bukannye memilih kawan yang hot, cantik segala tu.. Itu semua tak penting. Yang penting hati. Bila kita susah, kawan tolong, bila kita sedih, kawan hilangkan kesedihan kita tu. Itu barulah betul persahabatan sejati. Kita nak ke kawan yang backstab kita? Bila cemburu dah menguasai, mula la macam2 boleh terjadi. A friend like that wasn't worth to be called friend.


                                                                     backstabber


Tak pun korang nak jadi macam ni :


So, pilih la kawan berdasarkan kebaikan dia. Bukan pilih kawan semata2 dia HOT, CANTIK or KAYA. Kalau itu yang kita pilih, percayalah persahabatan kita takkan kekal.