Assalamualaikum ^_^
Kali ni aku nak bercakap tentang long distance relationship. Aku ni tak la pandai sangat nak bercakap soal ni sebab aku sendiri susah sikit kalau pasal hubungan jarak jauh ni. Aku bercakap based on my experience je. Lama jugak la aku nak sesuaikan diri dengan keadaan ni. Susah kot bila sorang dekat lain, sorang lagi dekat lain. Nak jumpa pun payah. Setakat SMS and call jela sebagai penghubung.
1. TRUST
Tak kira la korang couple dekat ke jauh ke, setiap hubungan tu mestilah kena trust each other. Aku taw, mesti kita sometimes akan rasa curiga dekat pasangan kita. Setiakah dia di sana? Sifat kepercayaan ni penting untuk mengelakkan diri dari sentiasa berfikiran negatif antara satu sama lain.
Trust ni, bukan bermakna kita tak boleh tanya, curiga, atau ambil tau tentang dia, tapi berpada-pada la. Kita curiga, ambil tau jugak, tapi jangan biarkan dia anggap kita ni nak mengongkong hidup dia, tak percayakan dia. And jangan terlampau mempercayai. Ha, ni pun masalah jugak. Kita terlampau percaya dekat dia, dia pulak main kayu tiga dekat belakang. So, kita kena pandai la balance kan. Okey :)
2. SETIA
Selalunya masalah hubungan ni berlaku disebabkan kita rasa tidak selamat (insecurity). Kita berfikir, "Ah, dia ada perempuan lain kat sana, penat je aku setia, baik aku pun cari jugak sorang dekat sini. " Ha, ni sangat bahaya. Jangan pernah timbul perasaan macam ini yee. Inilah punca utama masalah dalam setiap hubungan. Dekat mana pun kita berada, bila ada girl cantik ke, boy macho ke, kita sentiasa ingatkan diri kita yang kita sudah berpunya. Jangan layan. Kalau nak layan jugak, jangan lebih-lebih. Anggap sebagai kawan je, tidak boleh lebih.
3. PENGORBANAN
Pengorbanan ni aku maksudkan pengorbanan perasaan dan masa. Aku tau, bila dah berjauhan ni, mula la nak berindu-rinduan especially girl. 24/7 nak contact, nak SMS. Bila laki lambat balas, dah mengamuk tak tentu pasal, tuduh yang bukan-bukan. Aku ada sikit la sikap macam ni..hehe.
But, kita try berubah. Si dia dekat sana pun nak spend time dengan kawan2 kerja dia. Kalau korang pun, korang nak ke bila tengah spend time dengan kawan, at the same time, kita kena sentiasa SMS dengan si dia. Bagi aku, tu sangat annoying. Susah la macam tu. Bila dia nak dengan kawan-kawan, bagi dia masa sepenuh nye dengan kawan2. Bila tiba time dia dengan kita, kita enjoy la puas-puas dengan dia pulak tapi jaga batas ye. Baru la adilkan..
4. CEMBURU
Last sekali ialah, jangan kuat cemburu. Bila rasa cemburu dah timbul, mula la macam-macam keluar dari mulut tanpa kita sedar. Semua benda kita nak mengungkit, kita akan cepat menangis, mudah sangat terasa. Yes, kita perlu ada sifat cemburu, tapi kita perlu siasat dulu benda yang kita curiga tu sama ada betul atau tak. Jangan main tuduh je. Nanti makin besar masalah. Kita tanya dia elok2. Jangan tunjuk sangat yang kita ni cemburu, dia akan lagi suka.
So, cara yang elok, kita terus terang apa yang kita rasa. Contohnya, kita cakap la yang selama ni kita jaga batas bila berkawan dengan orang lain sebab kita tau yang kita dah ada dia. Korang cakap la yang korang pun harap dia buat benda yang sama, jaga hubungan ni, jaga batas dengan orang lain. Bila korang terus terang, akan membuatkan dia rasa bersalah sikit. So, baru dia fikir nak jujur atau tak jujur dengan korang.
No comments:
Post a Comment