Tuesday, 17 April 2012

Cinta ke Suka ek??

Assalamualaikum ^_^



Mostly bila ditanya sama ada cinta atau suka terhadap pasangan masing-masing, mereka akan keliru. Tak tahu mana satu jawapan yang harus diberikan. Mereka sendiri tidak pasti akan perasaan masing-masing. Ada juga yang fikir cinta dan suka adalah sesuatu perasaan yang sama. Harus diingat cinta dan suka adalah suatu perasaan yang berbeza.

Sekarang ni, anis akan senaraikan perbezaan bila anda berada di hadapan orang yang korang CINTA dan juga di hadapan orang yang korang SUKA. Jom bandingkan!

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan rasa gembira.


Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Tapi di hadapan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin saja.


Apabila kita melihat ke dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Tapi apabila kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.


Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Tapi di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.


Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Tapi di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.


Kita tidak boleh merenung ke dalam mata orang yang kita cintai.
Tapi kita selalu merenung ke dalam mata orang yang kita suka.


Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Tapi bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka,
umpama kita membuang telinga kita...
Tapi bila kita cuba menutup mata,
cinta berbuah menjadi air mata.

Korang dah tau perbezaannye kan? Jadi, fikirkanlah siapa sebenarnya yang korang cinta dan siapa yang korang sekadar suka. :)  Tapi jangan dilupakan cinta yang lebih hakiki dari Allah S.W.T










No comments:

Post a Comment