Monday, 30 April 2012

Kosmetik Dan Kesan Negatifnya

Setiap wanita mengimpikan kulit gebu, putih dan halus. Jadi, dorang akan menggunakan pelbagai jenis produk untuk mencapai segala impian dorang tu tanpa mempedulikan kesan-kesan sampingan nya.
kesan dari penggunaan kosmetik yang salah

Apa yang korang rasa lepas tengok gambar ni? Takutkan kalau benda macam ni jadi dekat muka kita?
Kaum wanita selalunya ingin cepat cantik. Pakai hari ni, esok dah nak putih gebu. Pastu, mula la pakai produk yang dijual dekat merata-rata tempat tanpa melihat sama ada produk itu mendapat kelulusan dari KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) atau tak.

Produk kosmetik ni mengandungi bahan kimia. Dan yang paling bahaya merkuri. Merkuri selalunya digunakan dalam kosmetik untuk mencerahkan kulit muka. Kesan jangka masa lama, kulit kita akan terbakar dan mengelupas. Tanda-tanda lain ialah kita akan rasa menggigil, letih, pening, peluh melampau, dan degupan jantung yang laju. Jadi, tengoklah jika korang ada tanda-tanda ini.

Pada mulanya, selepas kira-kira seminggu kita memakai kosmetik yang mengandungi merkuri, kita akan dapat lihat yang wajah kita menjadi cerah dan gebu, tetapi selepas itu, kulit kita akan mula tumbuh jerawat yang banyak. Bila kita bertanyakan hal ini kepada pengedar, mereka akan mengatakan yang masalah ini hanyalah proses permulaan untuk cantik. Kita pun percaya dan terus menggunakan produk ini sehingga kulit kita kemerahan dan mengelupas seperti terbakar. Apa yang kita buat bila dah jadi macam ni? Inilah pengakhiran kita menggunakan produk ini. 

Apa yang terjadi kepada kulit muka kita? Semakin buruk dari sedia ada. Kita mula menyembunyikan diri dari dilihat orang. Kemudian kita mengeluarkan wang yang banyak untuk memulihkan semula kulit muka kita. Bukankah ini lebih membazir? Membeli produk yang kita tidak tahu kandungannya, kemudian kulit rosak, dan pergi buat rawatan yang mahal untuk memulihkan kulit. Sangat membazir!!

Sebab tu Anis dah tak pakai pencuci muka yang ada di pasaran sekarang. Anis takut jadi macam ni. 
Anis ni bukan la jenis yang rajin nak tempek macam-macam kt muka ni. Anis hanya guna pencuci sahaja. Anis sekarang ni pakai sabun susu beras sahaja untuk mencuci muka. Dan Alhamdulillah, kulit Anis sesuai dengan sabun susu beras ni.
sabun susu beras dan krimnya.

Sepatutnya kena pakai sabun ni dengan krim dia sekali. Tapi disebabkan Anis ni jenis yang malas nak pakai krim segala, Anis pakai sabun saja. Sabun ni datang dari Thailand dan diperbuat dari alam semula jadi. Wangi bau dia. Harga hanya RM5 je. ^_^







No comments:

Post a Comment