Saturday, 21 April 2012

Nikah-The Early The Better?

Assalamualaikum ^_^

Apa pendapat korang semua dengan statement ni?

Bagi Anis tak ada masalah kalau seseorang tu nak kahwin awal. Lagipun, Rasulullah sendiri telah bersabda :

“Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.” – (H.R. Tirmidzi)


Ini hanyalah pandangan Anis sahaja. Terpulanglah kepada yang lain ye kalau pandangan korang berbeza. Kalau Anis di suruh untuk memilih sama ada kahwin awal atau tidak, Anis akan pilih tidak. Anis bukan tak nak kahwin tapi Anis hanya tak nak kahwin awal. Banyak benda yang Anis fikirkan dan takutkan.

1. Kahwin semasa belajar akan mengganggu pelajarankah?

Walaupun ramai yang cakap kahwin semasa belajar akan memberi kita semangat untuk belajar, tapi bagi anis, anis mungkin tak boleh fokus study sebab anis akan sentiasa fikirkan tanggungjawab nak kena jaga makan minum pakai suami, dan macam-macam lagi tanggungjawab lain.

2. Macam mana nak jaga kandungan semasa belajar?

Ye, kita ada tengok orang lain dengan selamatnya jaga kandungan mereka semasa belajar. Dan ramai yang busy bekerja mengandung. Sejak orang kenalan anis gugur kandungan kerana terlalu busy study, pergi kelas,, Anis jadi takut.

Selalunya student akan berjalan kaki dari kolej ke kelas yang sangat jauh tiap-tiap hari (yang menetap di kolej). Ini akan menjejaskan kesihatan kandungan kita. Especially musim exam, dah tentu kita tak ada masa langsung nak fikirkan tentang kandungan kita.

3. Bagaimana nak menyara keluarga jika masih belajar? (bagi lelaki)

Anis tahu ramai pelajar memohon PTPTN. Takkan kita nak menyara keluarga dengan PTPTN sahaja? Kita punya kewangan masih belum kukuh. Jadi, sukar untuk si suami menyara keluarganya. And banyak Anis banyak article yang menyatakan kebanyakkan penceraian disebabkan faktor kewangan. Jadi, Anis cuba untuk mengelak dari berlaku perkara sebegini.

4. Adakah aku sudah cukup bersedia untuk menjadi Isteri/Suami?

Tanyalah pada diri kita. Adakah sudah cukup solat 5 waktu aku? Mampukah aku untuk membimbing keluargaku? Sudah bersediakah aku untuk memikul semua tanggungjawab?
Banyak lagi soalan lain yang perlu kita tanya diri kita sebelum membuat keputusan.
“Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya..”
Conslusion nya, terpulanglah kepada diri masing-masing. Kalau rasa kahwin boleh elakkan fitnah, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri kita bersemangat untuk belajar, kahwin la.

Dan sangat digalakkan berkahwin kepada sesiapa yang sedang hangat bercinta untuk mengelakkan dari terjerumus ke lembah maksiat.

Kalau rasa dan yakin diri anda tidak mampu untuk berkahwin awal, lebih baik elakkan kahwin awal. Bukan tak kahwin langsung okey ;)
Rasulullah s.a.w bersabda: “Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku.” – (H.R. Bukhari dan Muslim)



No comments:

Post a Comment