Friday 20 April 2012

Berlagak Kaya, Tapi Hakikatnya Tidak

Assalamualaikum ^_^

Berlagak duit ada banyak macam ni..

Tapi hakikat sebenarnye ini...

Entry kali ni khas untuk mereka yang suka sangat berlagak kaya walaupun sebenarnya mereka ini sederhana sahaja.

Tak salah untuk berlagak kaya, tapi jangan sampai menyusahkan orang lain. Lain lah kalau orang tu memang kaya, ada duit, suka hati dorang la nak buat apa pun dengan duit tu. Nak boros ke, apa ke. Yang penting, mereka tak kacau orang lain. 

Anis cukup tak suka dengan orang yang berlagak kaya tapi hakikat sebenar tidak. Kalau dah taw kita tu tak ada duit, buat la macam tak ada duit. Jangan la nak berlagak sangat. Tak ada sape pun yang suka dengan orang yang sikap macam ni.

Maksud Anis 'sampai menyusahkan orang lain' ialah, mereka ni sanggup pinjam duit orang lain semata-mata nak pakai barang mahal depan kawan-kawan. Kawan-kawan dorang pulak dah sememangnye anak-anak orang kaya. Confirm la pakai barang-barang yang mahal. Tapi kita jangan la ikut dorang. Kita pandang diri kita sendiri. Pandang poket kita. kalau kita dah tak mampu, beli la barang yang biasa je. Janji kita boleh guna.

Contoh situasi :
A   : Wei, aku nak pinjam duit sikit boleh tak?
B   : Kau nak berapa? duit aku tak banyak sangat.
A   : Aku nak pinjam RM1000 je. Next sem dapat PTPTN, aku bayar balik.
B   : Banyak nye, kau nak buat ape dgn duit tu?
A   : Ala, aku nak beli Blackberry la. Member aku semua pakai BB sekarang, aku je pakai 3310. Malu la.

Nampak tak? dorang guna untuk beli benda yang tak perlu. Kalau pinjam nak bayar duit hospital ke tak pe la jugak. Orang yang macam ni selalunya bukan pinjam dengan geng-geng anak kaya tu, dorang akan pinjam dengan kawan dorang yang biasa-biasa jugak sebabnya dorang nak jaga standard depan kawan-kawan kaya ni. 

Tolong lah, jangan la jadi macam ni. Orang akan menyampah dengan sikap kamu ini. Menyampah nye bukan sikit-sikit taw, tapi menyampah tahap gaban punya!!   

So, conclusion nye, sedar la diri tu sikit ye. Jangan nak berlagak kaya sangat. Kesian la jugak dekat kawan yang korang pinjam duit tu. Dia pun nak pakai duit jugak. Accept ourselves as we really are.




1 comment:

  1. ahahaha biar papa asal bergaya katanya!! *aduyai...susah la bila ada juga manusia yg tak tahu guna pita pengukur, #ukur baju biarlah dibadan sendiri...tol tak?? hehehe

    ReplyDelete