Sunday, 23 December 2012

Cinta Pertama Sukar Dilupakan

Assalamualaikum...

Hari ni anis menaip entry dalam mood yang sedih sikit. 
Pasal cinta. hahaa,, geli plakk.



Cinta pertama. Semua orang penah dan akan mengalami cinta pertama. Sememangnya tidak dapat dinafikan yang cinta pertama memang susah untuk dilupakan. Dan anis sendiri masih tak dapat lupakan yang pertama walaupun anis dah ada penganti dia.

Sebab cinta pertama merupakan pengalaman pertama yang mengajar anis mengenai kasih sayang terhadap lelaki bukan muhrim. Dan mengajar anis untuk bersosial. Bukan sosial jahat tu ea. Sosial baik taw. Segala-galanya anis buat dengan dia adalah first time. Dia lelaki pertama yang anis keluar berdua. Dia lelaki pertama yg buat anis ungkap kata sayang. Dan dia juga lah penyebab anis pergi merata tempat dengan dia for the first time.

Walaupun berusaha nak melupakan dia, tetapi serius memerlukan masa yang sangat panjang untuk melupakan dia 100% walaupun agak mustahil bagi anis. Anis mengaku yang anis sentiasa ingat dia setiap masa sampai la sekarang. Masa anis keluar jalan kat area Taiping, anis akan teringat dekat dia. Tempat2 kami selalu dating dulu. Sebab tu sekarang ni anis dah jarang keluar Taiping. Tak nak ingat kenangan lampau.

Tapi apakan daya, jodoh kami tak panjang. Jodoh dia dengan perempuan lain. Dan anis pun Alhamdulillah dah ade penganti dia. Dia dah pun bahagia dengan perempuan itu. Anis yakin Tuhan tu Maha Adil. Mungkin jodoh anis akan lebih baik dari si dia walaupun dia dah cukup terbaik bagi anis. 

Anis sangat bertuah kerana dapat penganti yang memahami anis. Thanks capital F. Sebab bagi masa untuk anis lupakan dia. Dan sanggup dengar cerita bila anis teringat dekat dia walaupun hati F  pedih. In Shaa Allah anis akan dapat lupakan dia. :)



Tuesday, 20 November 2012

Boikot McDonald Menjadi

Assalamualaikum..


Bila Palestin diserang, semua orang pakat nak boikot barangan Israel especially Mcdonald. Dan kebanyakan nye tak sokong nak boikot Mcd ni and bagi macam2 alasan. Sesetengah jugak sanggup berhujah panjang tanpa ilmu semata-mata tanak boikot Mcd walaupun boikot ni hanya untuk sementara je. Ada jugak yang tak percaya rakyat Malaysia akan boikot Mcd.

Nak taw sama ade orang kita boikot atau tak, kita tengok gambar ni..


Nampak tak gambar kt atas tu. Gambar ni sumber dari facebook Kelab Anak Jati Perak Darul Ridzuan. Gambar ni diambil pada 20 Nov 2012. Hari ni la kan. 

Haa, lepas ni jangan pandang rendah dengan orang kita. Orang kita pun sanggup boikot yg dorang suka demi nilai kemanusiaan. Kalau nak taw, ni Mcd dekat Taiping. Lengang je. Biasanya Mcd ni tak penah lekang dengan orang. Penuh je memanjang kadang2 sampai tension nak lalu depan Mcd ni. Tapi hari ni, takde orang.

Tahniah umat Islam kerana berjaya memboikot Mcd. Tahniah orang TAIPING!!! 
hee, bangga kejap jadi orang taiping.

Allahuakbar!! Terima kasih semua atas usaha yang kecil ini tapi membawa kesan yang sangat hebat. Mudah-mudahan Mcd Malaysia dapat mesej dari umat Islam kita.

Teruskan berdoa moga palestin diberi kekuatan tambahan ke atas usaha kecil kita ini. Aminn. 

Mat Saleh pun boikot barangan Israel. Ni kita melayu Islam punya back up Mcdonald macam bapak dia punya business.

Sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa sebab yang munasabah. Macam tu lah jugak boikot ni tak akan berlaku sesuka hati tanpa sebab. jadi, stop mempertahankan ape yang salah. Fahami dualu siapa zionis Israel dan kaitannya dengan rakyat Palestin. 

Allah anugerahkan akal untuk cari ilmu dan berfikir, bukan berhujah membabi buta tanpa ilmu.. renungkan :)


Thursday, 8 November 2012

Contest I Choose To Wear Hijab

Assalamualaikum...

Hari ni teringin pulak nak join contest. Maklum la dah lama tak join contest2 ni. 
Mane la taw join contest kali ni murah rezeki. Hadiah dia pun best2.

Kalau korang pun nak join, klik la banner tu oke.
Tarikh tutup : 7 Disember 2012



Bismillahirrahmanirrahim..
Anis pertaruhkan gambar ni...


ni guna tudung bawal

dan ni guna selendang







Sambal Sosej

Assalamualaikum...

Salam semua.... Hari ni nak tayang menu simple dan budget untuk lunch. Request by my adik. Sambal Sosej.

Menu ni cukup elok la untuk orang yang bujang2 tu yang nak save duit dan malas nak masak susah2 dan lama. Memang cocok sangat la tu. Menu ni pun kejap je nak masak. Tup-tup, dah siap.. hehe


Bahan-bahan :

Sosej ( 1 paket )
Bawang besar (dikisar)
Bawang putih (dikisar)
Cili kering yang telah di rebus (dikisar)
Kicap manis
Sedikit air 
Garam 

Cara-cara :
  1. Sosej dipotong kecil. Kemudian goreng sosej tersebut.
  2. Tumis bahan yg dikisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit kicap manis dan sedikit air. ( tanak bagi kering sangat)
  4. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Kemudian, masukkan sosej dan kacau. Boleh juga kalau nak masukkan kentang.
  6. Dah siap. dan boleh dihidangkan.


Tuesday, 23 October 2012

My New Obsession

Assalamualaikum...

Guess what??

Coloured jeans! of course!



Serius sangat teringin dengan jeans color color ni. Wearing colored is a cute trend. Tapi ade tak yang loose sikit? Sebab aku selalu jumpa yang skinny jeans je yang ade color happening macam ni. Bukan nye aku tak suka seluar skinny cuma aku rasa malu la nak jalan bila pakai skinny jeans.

1 benda ketara sangat yang korang dan aku bole nampak bila pakai skinnies ni mestilah keketatan seluar tu yang membaluti kaki aku yang 'kurang berlemak' ni. Aku rasa rimas bila tengok org yang agak berisi pakai coloured skinny jeans. Sakit mata. Tapi kalau yang kurus pakai, serius cantik giler especially yang kaki panjang. perhhh, jeles tengok.



So, kalau korang ade or tahu kat mana-mana blog yang jual colored jeans yang loose sikit, korang inform la ye. komen la kat mana-mana pon takpe. kat blog boleh, kat chatbox pun boleh. yang penting korang jangan delete komen korang tu taw. 

Dah teringin sangat sangat dah ni. Dah mcm pregnant mother pulak tahap mengidam dia ni. Tolong la ye korang. 





Friday, 21 September 2012

Shila Amzah Juara Asian Wave 2012

Assalamualaikum...



Tahniah Shila Amzah yang telah muncul sebagai Juara Asian Wave 2012  di Shanghai yang telah menewaskan 5 peserta yang lain di peringkat akhir malam tadi. Shila menang 5-2 dengan tuan rumah. Sangat hebat beb. 

Perhhh, memang meremang bulu roma tengok persembahan Shila Amzah. Sehari suntuk ni dok ulang tengok video shila ni la tak jemu-jemu. hehe. Memang dah nampak dari awal lagi yang Shila akan menjadi juara dengan vokalnya yang memukau para juri dan penonton. 

Masa pusingan pertama, Shila berentap dengan peserta muda dari Singapura dengan menyanyikan lagu "Set Fire To The Rain" dan juri telah memilih beliau untuk ke peringkat seterusnya. 


Pusingan kedua pulak, Shila bersaing dengan peserta Jepun dan sekali shila menjadi pilihan juri. Shila menyanyikan chinese song "Forever Love" yang juga lagu favourite dia.



Dan sebentar tadi masa final, Shila membawakan tiga buah lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars), dan sebuah lagu Mandarin. 
Tahniah sekali lagi kak Shila yang dah mengharumkan dan menjulang nama negara di luar. 


Lagu Gemilang



Lagu Grenade

Lagu Mandarin

Wednesday, 19 September 2012

Something For Myself

                               Assalamualaikum..


No one said it would be easy..


" Happiness needs sadness. Success needs failure. Benevolence needs evil. Love needs hatred. Victory needs defeat. Pleasure needs pain. You must experience and accept the extremes. Because if the contrast is lost, you lose appreciation and when you lose appreciation, you lose the value of everything. "


JUST SMILE :D





Our Innovation Project

Assalamualaikum..

Last week kami ade satu innovation project yang kena siapkan.
Jenuh nak fikir benda ape la yang nak buat ni.
Last-last, google punya google, 
anis jumpa la ada orang post kt facebook 
pasal lampu yang dibuat dari botol air dan sudu plastik. 

Disebabkan malas nak fikir idea lain, terus group anis amik lampu tu sebagai 
innovation project anis. Kami namakan project ni "bottle lamp"
Serius cantik sangat hasil dia. Berbaloi la penat dia.

Kami buat lampu tu dalam 1 malam je. Kejap sangat buat lampu tu.
Lepas presentation tu, kami bagi bottle lamp ni dekat madam 
dengan harapan madam akan bagi extra marks. hahaha
Nak taw steps dia, baca dkt bawah ni oke. ^_^

1st step : set up the materials

2nd step : potong kepala sudu plastik tu ye. (guna bahagian kepala je)

3rd step : potong bottom of the bottle.

Ni hasil lepas potong bottom of the bottle tu.

4th step : letak glue around the spoon. bole guna glue pistol jugak.

5th step : stick spoon tu dekat keliling bottle

6th step : continue stick the spoon around the bottle until the ends

TADAAAA!! the bottle lamp is ready to be use :D

Monday, 23 July 2012

Sunnah Ketika Minum


Assalamualaikum...


  • Air dan segala minuman yang halal hendaklah diminum dengan tangan kanan kerana syaitan menggunakan tangan kiri bagi makan dan minum. (Khasail Nabawi)
  • Hendaklah minum dengan sedutan yang berlainan. (Tirmizi)
  • Baca Bismillah dan Alhamdulillah pada setiap sedutan. (Bukhari)
  • Jangan tiup ke dalam air panas untuk menyejukkannya. (Abu Daud)
  • Duduk dan minum, Nabi SAW telah melarang minum dengan berdiri. (Zaadul Maad)
  • Hendaklah berdiri semasa minum air zam-zam. (Tirmizi)
  • Rendamkan kurma atau anggur di dalam air pada malam hari dan minum larutan ini pada waktu pagi. Walaubagaimanapun, jika terlalu panas, ia menjadi tuak, adalah haram untuk minumnya.
  • Orang yang memberi makan atau melayan orang hendaklah yang paling akhir makan dan minum. (Tirmizi)
  • Janganlah minum daripada bekas yang besar seperti jag air, botol dan lain-lain. Tetapi satu gelas atau mangkuk kecil. (Abu Daud)
  • Jangan minum daripada bekas cawan yang sumpik atau pecah. (Abu Daud)
  • Nabi SAW telah melarang penggunaan bekas masak, makan dan minum diperbuat daripada emas dan perak. (Bukhari & Muslim)

Friday, 20 July 2012

Ramadhan Dan Solat Tarawih

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan Ramadhan dah. Rasa macam baru minggu lepas kita raya. Dah nak puasa balik. Alhamdulillah masih sempat berpuasa lagi tahun ni. Ramai yang tak sabar menanti bulan yang mulia dan suci ni. 

Ramai yang semangat nak puasa. Seronok tak terkata. Tapi jangan lupa, mulut, mata, hati semua kena jaga oke. Bukan semata-mata tahan lapar dan dahaga sahaja. Inilah yang paling mencabar. Kurangkan mengata orang lain, pandang benda-benda yang membawa faedah dan yang paling penting ialah jaga hati dari berprasangka buruk terhadap orang lain. 

Bulan Ramadhan lah peluang untuk kita beribadah dengan khusyuk mengumpul bekalan untuk kita ke sana kelak. Antara ibadah yang menjadi amalan ialah Solat Tarawih. Sedikit info tentang Fadhilat Sembahyang Tarawih dan Panduan bagi menunaikan Solat Sunat Tarawih.

1. Hukum Sembahyang Tarawih :
  • Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan sama ada secara berseorangan atau jemaah.
  • Sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.

2. Waktu Sembahyang Tarawih :
  • Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isya'.
3. Rakaat Sembahyang Tarawih :
  • Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat atau 8 rakaat sahaja.
  • Sembahyang Tarawih hendaklah ditunaikan 2 rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehinggagenap rakaat yang dikehendaki.


Antara Fadhilat Dan Kelebihan Solat Tarawih ialah :


1. Kelebihan Solat Terawih Malam Pertama
  • Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-2
  • Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-3
  • Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-4
  • Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-5
  • Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-6
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-7
  • Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-8
  • Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-9
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-10
  • Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-11
  • Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-12
  • Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-13
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-14
  • Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-15
  • Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-16
  • Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-17
  • Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-18
  • Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-19
  • Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-20
  • Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-21
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-22
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-23
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-24
  • Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-25
  • Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-26
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-27
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-28
  • Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-29
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Terawih Malam Ke-30
  • Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Friday, 13 July 2012

Resepi Daging Burger Ala-ala Zinger Burger

Assalamualaikum.. 

Kawan kelas anis suruh anis buat burger ala-ala zinger burger KFC tu.
Sebab dia nak niaga burger tu hari isnin sampai rabu ni dekat 
UiTM Merbok sempena karnival usahawan kot rasanya..
Anis pun try la. and tak sangka pulak menjadi daging dia tu. :)



Bahan-bahan untuk ayam :
  • 6 ketul boneless chicken atau ayam tanpa tulang. (anis ambil bahagian dada je)
Bahan perap :
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • Garam secukupnya
  • Satu hiris kecil limau nipis
  • 1 sudu teh serbuk kari
  • secubit baking powder
Bahan tepung :
  • 2 cawan tepung beras
  • garam
  • 2 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk kari 
  • 1 setengah sudu teh serbuk pati ayam knorr
  • secubit baking powder
1 biji telur 

Cara-cara :
  • bersihkan ayam dan perap ayam selama 1 jam dalam bahan perapan tu.
  • celupkan ayam dalam telur
  • lepas tu, gaulkan ayam dalam tepung dan goreng ayam tersebut dgn minyak yg banyak (bagi ayam tu tenggelam dalam minyak tau)
DAH SIAP!! CUBA LA :)


Thursday, 28 June 2012

Berikan Kekuatan Kepada Sahabatku

Assalamualaikum...



Hari Isnin bersamaan 25 Jun 2012, 
Lepas habis 1 kelas, anis pergi lepak library sementara tunggu kelas satu lagi. Maklum la, library kan ada aircond. sejuk sikit.. hehehe
Dan,,, anis terjumpa kawan anis yg dulu sekolah sama dengan anis dari darjah dua lagi. 
Banyak la benda yang kami borak. 

Tapi yang tak bestnye, anis dapat tahu yang dia sekarang ni menderita sakit SLE ( Sistematik Lupus Eritematosus). Ni ialah penyakit yang tiada penawar dan pesakit kena bergantung kepada steroid untuk meneruskan kehidupan. korang tau kan banyak effect nye bila kita makan byk steroid. Next entry anis cerita lagi ea pasal penyakit ni.

Apa yang korang rasa bila jumpa kawan baik yang dah bertahun-tahun kita tak jumpa, tiba-tiba bawak cerita sedih macam ni? Serius time dia cerita tu anis rasa nak peluk dia. Tapi anis tahan. anis tak nangis depan dia sebab anis tak nak dia sedih. Hidup dia lagi sedih dan terseksa. Time dia cerita tu pun, anis nampak riak wajah dia. Dia cuba tahan air mata dia. Dia buat-buat gelak, kononya dia tengah happy. Tai Anis nampak semua tu. Anis tahu apa yang dia rasa. Dia cerita pasal reaksi parents and siblings dia bila terima berita ni. Sangat sedih.. Anis bayangkan macam mana anis dekat tempat dia, macam mana family anis nak terima kalau jadi macam tu. Macam mana anis kena pandang hari-hari muka yang anis sayang sedangkan anis dah dapat jangka pengakhirannya.....

Every Sem dia masuk ward sebab penyakit tu serang dia. Penyakit tu akan serang kalau dia tension, penat atau kena panas. Dia mengadu macam mana dia tak tension, dengan study, dapat tahu sakit lagi. Semua orang akan tension macam tu. Dia jugak mengadu yang dia tak selesa orang layan dia macam seorang pesakit. Dia tak nak macam tu. Dia nak orang layan dia macam normal.  Dekat facebook pun, dia kata dia dah buang semua gambar dia. 

Anis berdoa suatu keajaiban akan berlaku semoga penyakit yang tiada penawar itu akan hilang dan pergi jauh dari diri dia. InsyaAllah dengan kuasa Allah S.W.T, dia akan sembuh. Amin!! Ajal maut di tangan tuhan.

Friday, 22 June 2012

Jadi Sewel Start Sem Baru

Sejak masuk sem baru ni, langsung tak boleh nak online. 
Sem ni anis duduk rumah sewa. Wifi tak de, broadband lagi la tak de. Perhhh,, boleh jadi gila duduk dalam rumah tu. Balik kelas je, tidur. tu jela yang boleh buat. 
Nak buat assignment kena pegi library. 
Hari tu housemate pasang P1 wimax tu, 3 hari je pasang, 
pastu pulangkan balik sebab tak dapat line langsung. 
Adoi, seksa betul sem ni..



Tu baru kes tak boleh online. Tak masuk lagi kes kelas, subject semua.
Sem ni, tetibe wujud subject baru. subject Critical Thinking.


Serius tak suka bila masuk kelas tu sebab anis bukan jenis yang creatif thinking.
Nak buat semua benda kena ada kreatif2.
Macam nak pecah otak ni pikir. Dengan tak de line nak google.
Memang 100% buat assignment guna otak sendiri tanpa bantuan google.
Sangat menyedihkan. :(


Wednesday, 6 June 2012

Rimas Salesgirl Asyik Follow Je

Assalamualaikum ^_^

Korang pernah tak bila masuk mana-mana kedai, mesti ada salesgirl follow korang rapat-rapat?
Rimas kan? 

Sekadar Hiasan

 To salesgirl / boy, tolong la jangan ikut sangat bontot customer tu. 
Kalau nak ikut pun, ikut la dari jauh. Ni tidak, ikut punya la rapat sampai boleh berlanggar bila customer pusing sikit. Buat macam they going tu steal something. 
Kalau customer tu nak curi pun, kan ada CCTV. Apa guna pasang CCTV.. Buang duit je kalau macam tu. Kalau tak de CCTV pun, sesetengah kedai ada palang yang depan pintu tu yang akan berbunyi bila bawak keluar barang tak bayar. So, tak payah la kelam kabut sangat nak follow bagai.
Bila customer tu panggil, baru la pergi kat dia.
Nak pilih barang pun susah. Terutamanya bila nak beli barang perempuan, pastu salesboy follow pulak. Memang anis akan gelar dia laki gila seks la..hehehe

Please la.. Jangan follow terlalu rapat oke. Annoying tau!! 
Follow jauh sikit but still peehatikan customer tu kot2 dia nak mintak tolong or tanya something.

Anis pun pernah jadi salesgirl. Ade juga ikut customer sebab dah memang rules kat kedai tu.
Tapi tak de la anis ikut dari dekat sebab anis taw customer tu pun nak kan privacy untuk pilih barang.
Bila customer panggil, baru la pergi kat dorang. 
Tanya apa yang dorang nak kita tolong. Tu baru la betul. 
Tak de la buat customer tu menyampah nak beli kat kedai kita lagi.
Dari customer nak beli, terus blah tak jadi beli.
Kan kita jugak yang rugi..

Kalau korang nak follow sangat, mai follow blog anis ni ha. 
sumpah anis tak menyampah..hahaha

Monday, 4 June 2012

SEGMEN ~ SAYA MAHU FOLLOWER TEGAR!

Assalamualaikum ^_^

Kalau nak join, klik gambar tu yee..
Syarat-syarat dia senang je.
Nak tau syarat-syarat dia, klik gambar tu.

Tarikh tutup : 22 Jun 2012

Wednesday, 30 May 2012

Pemain Ragbi vs Pemain Bola Sepak

Assalamualaikum ^_^

Pemain ragbi? Pemain bola sepak? 
Korang tau tak pemain ragbi tu apa?
Ala,, orang yang lari-lari atas padang tu sambil kepik bola dekat ketiak tu..
Tapi sekarang ni anis bukan nak cerita pasal pemain-pemain tu semua.
Anis nak buat contoh lelaki mana yang kamu pilih untuk buat teman seumur hidup.
Adakah seperti pemain ragbi, atau pemain bola sepak?


 Anis suggest kan korang pilih lelaki macam pemain ragbi. Anis bukan suruh korang pergi tempat game ragby tu then pilih laki tu tau tau tau. Anis just buat contoh..
Kalau korang pilih pemain ragbi, korang sendiri boleh tengok cara pemainan dia kan..

Pemain tu bila dapat bola, dia akan peluk ketat-ketat bola tu.
Dia tak kan lepaskan bola tu walaupun ramai yang berebut nakkan bola tersebut..
Pemain tu sanggup disondoi, dihentak dan macam-macam lagi untuk selamatkan bola tu.( perhh ayat poyo)
Bila dia nak lepaskan bola tu pulak, dia akan letak baik-baik dekat tempat gol.
Dia akan pastikan bola tu dalam keadaan selamat, baru dia yakin untuk lepaskan.


Berbeza pulak dengan pemain bola sepak. Bila dia nak bola tu, dia akan kejar sampai dapat. Itu bagus. Tapi bila dah dapat, bila kawan dia mintak, dia akan senang hati pass bola tu dengan kaki.
Dan bila dia nak lepas kan bola tu, dia terus tendang tanpa fikir panjang sama ada bola tu akan masuk gol atau tak. Yang penting, dia dah cuba untuk lepaskan bola tu.

tengok tu, tengok tu! slamber je dia tendang. piuuhhh

Korang boleh paham tak apa yang anis maksudkan dekat sini? paham tak , paham tak? Anis bukan suruh korang jangan pilih pemain bola sepak yang betul-betul tu tau. Dan anis bukan suruh korang terus pergi jadikan pemain ragbi yang real tu sebagai suami. No!.

Anis cuma suruh bayangkan cara pemainan dorang je.
Anis suruh korang pilih lelaki yang bertanggungjawab. Yang takkan lepaskan korang walaupun korang berdua ada masalah besar.
Bukan pilih lelaki yang senang tinggalkan kamu bila ada masalah. Dan tinggalkan korang dan anak-anak tanpa nafkah.



Friday, 25 May 2012

Jangan Hina Mangsa Rogol

Assalamualaikum ^_^




Semua kaum perempuan takut dengan perkataan ROGOL. Kalau terbaca berita macam ni dekat akhbar, mesti kecut perut nak baca sampai habis. Kita sebagai wanita mesti berasa geram, marah, hina dan benci giler dengan si perogol tu kan. Anis sokong kita memang patut benci dan marah kepada pemangsa. Tetapi kenapa kita juga perlu benci dan hina kepada mangsa rogol??

Ini yang anis tak paham sebenarnya. Mangsa tidak buat apa-apa kesalahan pun tapi masyarakat tetap memandang hina kepada mangsa seperti mangsa yang bersalah. Padahal pemangsa yang salah.. Anis tahu ramai yang cakap kes rogol ni berlaku berpunca dari pemakaian wanita itu sendiri. Tak semua kes rogol ini berpunca dari pemakaian wanita yang seksi. Ada juga mangsa yang complete jaga aurat dirogol.

Kalau kita tengok drama melayu, mesti mangsa rogol ini tak akan diterima oleh masyarakat. Tak ada lelaki yang suka kepada wanita mangsa rogol. Kalau ada lelaki yang sanggup jadikan mangsa ini sebagai isteri, mesti family dan saudara mara lelaki itu pulak tak akan terima wanita begini sebagai menantu..

Kata-kata yang akan keluar dari mulut family lelaki tersebut mestila, "perempuan kotor la, perempuan dah tak suci, perempuan tak de maruah, perempuan ni akan rosakkan keturunan aku la" .

Kawan-kawan pulak kalau terserempak dengan si mangsa, mesti nak berbisik-bisik dengan kawan yang lain. Hebohkan apa yang telah terjadi kepada mangsa. Nak malukan si mangsa. Ada jugak yang lari, tak nak ada kawan yang telah dirogol, yang dah kotor.

Kenapa sampai jadi macam ni? Mangsa tidak pernah pinta untuk dirogol. Mangsa tidak sekali-kali pinta dirinya tidak suci di usia muda atau sebelum nikah. Mangsa tidak pernah berdoa hidupnya akan jadi mangsa rogol. TIDAK PERNAH!! Semua ini telah ditentukan oleh Allah S.W.T.. Tapi kenapa ramai yang menghina dan memandang kotor kepada mereka ini?

Kepada yang menghina, bayangkan korang berada di tempat mereka. Apa perasaan korang kalau dihina dan dikeji macam tu. Tdak diterima oleh masyarakat. Kamu dipandang kolot. Sedangkan bukan kamu yang nak benda ni terjadi.. Pasti pedihkan.. Rasa macam tak nak hidup dah kan?

Jadi, kalau korang sendiri tak sanggup nak dapat layanan macam tu dari orang ramai, dah tu, kenapa korang hina orang lain? Sepatutnya kita sebagai masyarakat harus membantu dan memberi semangat serta sokongan kepada mangsa-mangsa ini untuk meneruskan kehidupan mereka secara normal. Kita patut memberi peluang untuk mereka bangun dari kehidupan hitam mereka. Lihat mereka berjaya dalam kehidupan. Itu sepatutnya kita buat, bukan menghina mereka.

Fikir-fikirkan lah....

Tuesday, 22 May 2012

Hilangkan Kesan Lilin di Pakaian

Assalamualaikum ^_^

Hari ni anis nak bagi tips hilangkan kesan lilin yang tertumpah dekat pakaian korang.
tips ni anis baru je try dua hari lepas dan menjadi laa.. :)

Ni pashmina anis. Dah 6bulan tak pakai sejak terkena lilin dulu. Korang nampak tak ade benda kotor melekat dekat pashmina tu? Tu la kesan lilin yang tumpah dekat pashmina tu. Lilin tu jadi keras. Terus tak boleh nak pakai. 
Tapi dua hari lepas tetibe anis dapat idea macam mane nak hilangkan kesan tu.. 

First, korang letak pashmina atas iron board. Then, korang lapikkan pashmina tadi dengan kain batik atau kain yang korang tak guna dah (pastikan kain yang betul2 tak pakai dah tau).
Pastu, korang iron kain batik yang lapik pashmina tadi.
Korang akan nampak macam kesan basah dekat kain batik tadi..
Dan,,,, dah siap!! korang dah boleh pakai balik pashmina tadi..
Senang kan?

SELAMAT MENCUBA ^_^



Sunday, 20 May 2012

Kuala Sepetang

Assalamualaikum ^_^

Setelah dekat sebulan anis duduk terperuk kat rumah,
akhirnya semalam sehari suntuk anis dapat keluar jalan2.. Yeeepeee!!
Ade kawan baik anis ni baru balik ke Taiping sebab cuti kerja, 
So, anis pun ajak la dia keluar. Dan dia bawak anis pergi sini..
Best sangat pergi sini. FYI, ni first time anis datang Kuala Sepetang dan dapat tengok kehidupan nelayan dekat sini. Cuaca time tu memang panas terik sangat-sangat. Tapi semua tu tolak tepi sebab nak tengok ikan punya pasal.heee
 Walaupun bau ikan dekat sini (dah nama pun tempat orang tangkap ikan kan), tapi serius best! 
Asyik sebut 'WOW' je dari awal sampai, hingga la nak balik.

Bot bawak balik tangkapan. Kalau korang nak beli direct dari nelayan pun boleh jugak. 
Dapat la murah sikit dari kita beli kat pasar. 
Macam-macam korang boleh dapat dekat sini. Sotong, udang, ketam, dan macam-macam jenis ikan ade. Datang la..
uncle baru balik.

Kalau dapat naik atas bot tu lagi best.. Tapi kaki tak sampai nak panjat naik..huuu
Ni la orang yang sanggup melayan kerenah anis walaupun panas terik..hehe
Sabar ye,, tak puas lagi nak tengok ikan tu.. 

Banyak kan ikan tengah jemur tu. 

Teruja tengok ikan kering yang banyak!